Ahad, 27 Januari 2008

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

Hadith : Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” (Bukhari) Huraian Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Doa Yang Tidak Diperkenankan

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Muslim) Huraian 1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT. 2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah. 3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55) 4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).

Waqaf korporat pastikan laba dinikmati semua

JOHOR Corporation (JCorp) dengan lebih 50,000 tenaga kerja, terus bangkit daripada tekanan kegawatan ekonomi dunia apabila muncul sebagai organisasi bisnes pertama menerokai waqaf korporat dengan mewaqafkan RM200 juta saham anak-anak syarikatnya. Ia mewaqafkan kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) saham tiga anak syarikatnya yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia iaitu Kulim (Malaysia) Berhad dengan 12.35 juta unit saham bersamaan 4.68 peratus terbitan ekuiti, KPJ Healtahcare Berhad (18.60 juta unit saham bersamaan 4.32 peratus terbitan ekuiti) dan Johor Land Berhad (4.32 juta unit saham bersamaan 3.57 peratus terbitan ekuiti). Pewaqafan itu, yang dipercayai pertama seumpamanya di dunia, disempurnakan pada 3 Ogos 2006 oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Mufti Johor, Dato’ Nooh Gadut. Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman yang juga pengerusi JCorp menjadi saksi. Serentak itu, Kumpulan Waqaf An Nur Berhad (KWANB) dipertanggungjawabkan sebagai sebuah syarikat berhad yang diiktiraf oleh MAIJ dengan jaminan tanpa syer, mengurus aset dan saham-saham yang diwaqafkan itu. KWANB menjadi pemegang saham Kulim yang diwaqafkan yang bernilai RM142, saham KPJ (RM45 juta) dan JLand (RM13 juta). Pendekatan serampang dua mata Muhammad Ali berkata pewaqafan syarikat bukanlah satu perkara baru kerana ia sudah bermula sejak Zaman Othmaniah lagi. Di negara ini, katanya, sistem waqaf wujud sejak 1907 dengan individu kaya mewaqafkan harta mereka dalam pelbagai bentuk termasuklah saham atau hartanah. “Apa yang kami lakukan dikenali sebagai waqaf korporat. “Kita mewaqafkan beberapa peratus saham anak syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia kepada MAIJ tanpa kehilangan kepentingan dalam syarikat berkaitan,” katanya. Pendekatan itu umpama serampang dua mata. Syarikat yang mewaqafkan sahamnya masih mangaut laba sementara pihak yang dipilih untuk menerima waqaf, menikmati manfaatnya. Muhammad Ali berkata 70 peratus keuntungan daripada saham yang diwaqafkan itu dikembalikan kepada JCorp untuk dilaburkan semula. Keuntungan selebihnya menjadi habuan pihak yang ditetapkan. “Kita akan menyalurkan 25 peratus untuk fisabilillah seperti bantuan kepada organisasi amal JCorp dan baki lima peratus diberikan kepada MAIJ. “Pendekatan ini secara tidak langsung membantu menghentikan hakisan pemilikan ekuiti umat Islam di Malaysia, khususnya masyarakat Melayu,” katanya. Beliau berkata JCorp akan menggunakan pulangan 70 peratus itu untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat yang telah mewaqafkan sahamnya termasuklah menerokai peluang perniagaan baru. “Ini bertepatan dengan konsep waqaf itu sendiri iaitu pendapatan dikembangkan agar faedahnya dapat dinikmati semua. “Konsep waqaf korporat ini juga membantu menyeimbangkan semula ekonomi umat Islam agar lebih berdaya saing dan maju,” katanya. Daripada tiga syarikat yang telah mewaqafkan saham mereka, Kulim dilihat paling menguntungkan dengan asetnya dijangka mengembang dari RM1.91 bilion tahun lepas kepada RM2.46 bilion tahun ini manakala keuntungan sebelum cukai diramal meningkat dari RM220.55 juta kepada RM230.50 juta untuk tempoh yang sama. Kini JCorp bercadang mewaqafkan lagi RM50 juta saham syarikat di bawah kumpulanya jika syarikat itu meraih keuntungan keseluruhan melebihi RM100 juta tahun ini. “Sasaran kita seterusnya ialah mewaqafkan RM50 juta saham syarikat setiap tahun,” ujar Muhamad Ali. Klinik Waqaf An Nur: juga waqaf korporat JCorp turut melaksanakan waqaf korporat menerusi pembukaan beberapa cawangan klinik, hospital dan pusat dialisis Waqaf An Nur yang untuk dimanfaatkan masyarakat. Setakat ini, JCorp mempunyai cawangan klinik di Kotaraya Johor Bahru, Pasir Gudang, Batu Pahat, Seremban, Sungai Buloh, Selangor serta klinik bergerak Waqaf An Nur. Klinik bergerak Waqaf An Nur ini beroperasi di empat lokasi sekitar Pasir Gudang iaitu Kampung Pasir Putih, Perigi Acheh, Kong Kong Laut dan Sungai Tiram. Sejak pembukaannya, klinik Waqaf An Nur telah merawat lebih 300,000 pesakit tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama dengan caj serendah RM5. Satu lagi cawangan klinik Waqaf An Nur akan dibuka di Kuching atas permintaan Tabung Baitulmal Sarawak.

Selasa, 22 Januari 2008

MASJID JAMEK INDAH DI TENGAH TAMAN

WANG KWSP JADI PUSAKA TAK?

Semalam saya di tanya tentang wang KWSP adik seorang kawan saya yang telah meninggal dunia . adakah ianya perlu di faraid kan . rupa sudah ada fatwa kebangsaan yang mewajibkan di faraidkan pada waris . sila rujuk jakim

Tip Usahawan Cina: 16 Tips Usahaniaga Kaum Cina

  • Berniaga mestilah rajin, jika tidak ianya tidak menjadi.
  • Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal.
  • Sambut pelanggan dengan senyum, jika tidak pelanggan lari.
  • Masa sentiasa terbuka, jika tidak hilang peluang.
  • Harga perlu berpatutan, jika tidak timbul pergaduhan.
  • Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
  • Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
  • Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak ianya tidak teratur.
  • Barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah-sarap.
  • Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak makan diri.
  • Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
  • Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak hilang kepercayaan.
  • Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak timbul penyelewengan.
  • Keluar masuk tunai perlu teliti , jika tidak bertindih kesilapan.
  • Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak mudarat diri.
  • Niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa.

Fungsi masjid sudah kaku?

Oleh Idris Musaidris@hmetro.com.my Tumpuan ustaz, warga emasMASJID adalah institusi tertinggi dan paling mulia dalam Islam, tidak hanya kepada urusan ibadat semata-mata, malah sebagai pusat yang menjana kecemerlangan umat Islam. masjid mempunyai pelbagai fungsi, termasuk hal ehwal kemasyarakatan dan keilmuan.Di Malaysia, masjid yang didirikan tidak kurang hebatnya. Jika masjid generasi dulu kaya dengan nilai estetikanya seperti Masjid Kampung Laut, masjid alaf baru kini memperlihatkan ciri keindahan yang menggabungkan pelbagai unsur senibina.Malah, secara keseluruhannya semua masjid mempunyai jawatankuasa masing-masing bagi urusan mentadbir institusi terbabit dan dalam masa yang sama merencanakan pelbagai program untuk kemaslahatan umat. Semua usaha itu hanya satu matlamat, iaitu mahu memakmurkan masjid, sekali gus menjadikan masjid dekat di hati setiap umat Islam. Tetapi sejauh manakah masjid di negara ini mencapai matlamat yang disasarkan itu?

PUSAT MAKLUMAT UNTUK USHAWAN

KITA MENCADANGKAN UNTUK MENGEMBALIKAN PERANAN MASJID SEBAGAI TEMPAT MENTARBIAH, SEERTIAMANA YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH. TIDAK TERKECUALI BAGI MEREKA YANG INGIN YANG AKAN TERJUN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN . MASJID LAH TEMPATNYA , MELATIH DAN MEMBINA KEILMUAN KHUSUSNYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN .

MASJID JAMEK PASIR GUDANG

Tujuan Pembinaan Blog Khas untuk masjid jamek ini adalah bertujuan berikut:
1. untuk memberi maklumat kepada kariah masjid jamek pasir gudang.
2. menjadikan masjid mesra kepada penguna internet .
3. memudahkan para jemaah untuk berinteraksi dengan Angota Pekerja Masjid .
Hubungi Imam akib@jcorp.com.my